Pada 21.11.2025 (Jumaat) telah diadakan satu Lawatan Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar) Dato’ Ir Mohd Sha’ri Bin Mohammed Ke Projek Desilting Kolam, Sungai Serta Membaikpulih Struktur Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Taman Persekutuan Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Sesi lawatan ini telah dihadiri oleh Pengarah JPS WPKL, Ir. Azreen Khalil, Timbalan Pengarah JPS WPKL, En. Mokthar Bin Hasran, Pegawai-pegawai dari Bahagian Pengurusan Saliran dan Sungai, JPS WPKL, pegawai dari Ibu Pejabat, Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai (BPLS), En. Azrif bin Ismail dan Pn. Fauzanah Bin Abdullah – Jabatan Landskap Negara.
Lawatan ini dijalankan bagi memastikan semua kerja -kerja baikpulih mengikut spesifikasi dan jadual yang telah ditetapkan. Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada 17 Januari 2026..jpeg)








