Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Soalan Lazim

Aduan

Hubungi Kami

Peta Laman

PORTAL RASMI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Pada 21.11.2025 (Jumaat) telah diadakan satu Lawatan Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar) Dato’ Ir Mohd Sha’ri Bin Mohammed Ke Projek Desilting Kolam, Sungai Serta Membaikpulih Struktur Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Taman Persekutuan Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Sesi lawatan ini telah dihadiri oleh Pengarah JPS WPKL, Ir. Azreen Khalil, Timbalan Pengarah JPS WPKL, En. Mokthar Bin Hasran, Pegawai-pegawai dari Bahagian Pengurusan Saliran dan Sungai, JPS WPKL, pegawai dari Ibu Pejabat, Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai (BPLS), En. Azrif bin Ismail dan Pn. Fauzanah Bin Abdullah – Jabatan Landskap Negara.

Lawatan ini dijalankan bagi memastikan semua kerja -kerja baikpulih mengikut spesifikasi dan jadual yang telah ditetapkan. Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada 17 Januari 2026.