Malay

English

F.A.Q.

Complaints

Contact Us

Sitemap

OFFICIAL PORTAL OF DEPARTMENT OF IRRIGATION AND DRAINAGE FEDERAL TERRITORY OF KUALA LUMPUR

Pada 6 November 2025, satu sesi Lawatan Dan Ujian Pam – Projek Desilting Kolam, Sungai Serta Pembaikpulihan Struktur Di Taman Persekutuan Bukit Kiara, Kuala Lumpur telah dihadiri oleh Ir. Azreen Khalil, Pengarah JPS WPKL, Wakil Pegawai Penguasa, Wan Mokthar Bin Wan Abdullah, BME JPS WPKL dan wakil-wakil pegawai BME dan BPSS JPS WPKL bersama pegawai dari Jabatan Landskap Negara, En. Muhammad Haziq Bin Mohd Yusof.

Aktiviti Ujian Pam ini dijalankan bagi memastikan keberkesanan sistem serta kesediaan projek untuk memberi manfaat optimum kepada orang ramai. Lawatan ini juga bertujuan memastikan semua kerja dilaksanakan mengikut spesifikasi teknikal, standard keselamatan, dan jadual projek yang ditetapkan.