Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan tahun 1446H/ 2024M telah diadakan pada 7 Muharram 1447H bersamaan 3 Julai 2025 di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Naím Bin Haji Mokhtar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1447H/2025M ini diadakan bertujuan memperingati dan mengambil pengiktibaran dari peristiwa hijrah baginda Nabi Muhammad SAW supaya dapat diamalkan dalam kehidupan. Ketibaan tahun baru hijrah saban tahun harus menjadi medan untuk memperbaharui niat, azam dan matlamat dalam kehidupan. Detik tersebut perlu menjadi peringatan untuk sentiasa memperbaiki diri agar menjadi muslim yang taat kepada perintah Allah SWT dan menjadi manusia yang bertanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.