Malay

English

F.A.Q.

Complaints

Contact Us

Sitemap

OFFICIAL PORTAL OF DEPARTMENT OF IRRIGATION AND DRAINAGE FEDERAL TERRITORY OF KUALA LUMPUR

Program Hydrohub Learning Exchange Program For Pacific Island anjuran WMO dan KPU Republik Indonesia

1 - 5 Disember 2025 I Pegawai Hidrologi Negeri (PHN) JPS WPKL, Ir. Ts. Mohamad Hazlami bin Abdul Hamid telah hadir ke Program Hydrohub Learning Exchange Program For Pacific Island yang telah dianjurkan oleh World Meteorological Organization United Nations (WMO) dan Pusat Pembangunan Kompetensi Sumber Air, Kementerian Pekerjaan Umum (KPU) Republik Indonesia.

Program ini telah diadakan di Pusat Sumber air, Penempatan Manusia dan Pembangunan Kecekapan Intrastruktur Strategik KPU, Bandung Indonesia. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kepakaran di dalam bidang pengurusan aset, cerapan dan analisis data hidrologi diantara pegawai-pegawai hidrologi daripada Malaysia, Indonesia, Fiji, Samoa, Kepulauan Soloman, Vanuatu dan Papua New Guinea.

Antara modul sesi pembelajaran dalam program ini adalah seperti penerangan berkenaan pengurusan cerapan data hidrologi, demonstrasi sukat luah di tapak dan analisis data hidrologi yang dicerap. Selain itu, sesi lawatan ke Pejabat Operasi Lencongan Banjir serta Pusat Ramalan dan Amaran banjir Lembangan Sungai Citarum, Jawa Barat, Indonesia turut diadakan. Sepanjang program pembelajaran ini, peserta program telah berpeluang untuk bertukar pengalaman, pengetahuan dan cabaran berkaitan hidrologi dalam konteks sumber air, operasi banjir dan ramalan dan amaran banjir yang diamalkan di negara masing-masing. Semasa program pembelajaran ini juga, Ir. Ts. Mohamad Hazlami bin Abdul Hamid turut berkongsi berkenaan pengurusan hidrologi dari sudut keadah cerapan data dan konfigurasi aset hidrologi di tapak, operasi mitigasi banjir serta program ramalan dan amaran banjir yang sedang dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur khasnya dan di Malaysia amnya.