Malay

English

F.A.Q.

Complaints

Contact Us

Sitemap

OFFICIAL PORTAL OF DEPARTMENT OF IRRIGATION AND DRAINAGE FEDERAL TERRITORY OF KUALA LUMPUR

LAWATAN TEKNIKAL SEMPENA REGIONAL TRAINING OF TRAINERS (ToT) ON INTEGRATED RIVER BASIN MANAGEMENT (IRBM)

 

1 Oktober 2026 (Khamis), Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPS WPKL) berbesar hati menerima kunjungan  delegasi dari program Regional on IRBM anjuran bersama Bahagian Pengurusan Sumber dan Hidrologi (BPSAH) dan Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai (BPLS), Ibu Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia.  

 

Program Regional on IRBM telah berlangsung dari 28 September hingga 2 Oktober 2026. Lawatan teknikal ini telah diadakan pada 1 Oktober 2026 melibatkan kira-kira 60 peserta dari negara-negara ASEAN dan tempatan seperti Cambodia, Indonesia, Philippinies, Vietnam , China, Australia dan Lao PDR. Pasukan Delegasi ini telah melawat beberapa lokasi utama pengurusan sumber air di Selangor dan Kuala Lumpur:

📍 Ibu Pejabat Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

📍 Pusat Informasi Sungai Penchala – WATER Project

📍 Pejabat Lembangan Sungai Klang (PLSK), JPS WP Kuala Lumpur

📍 River of Life (RoL)

 

Program anjuran Partnerships Environmental Management for the Seas of East Asia (PEMSEA)  dengan kerjasama JPS Malaysia, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK), dan Universiti Sains Malaysia (USM) ini menjadi platform terbaik untuk bertukar pengalaman demi kelestarian pengurusan lembangan sungai bersepadu.

 

Terima kasih diucapkan kepada semua agensi yang memberikan kerjasama padu sepanjang lawatan ini!