SELAMAT DATANG: LAWATAN KERJA DELEGASI JPS SABAH KE PROJEK MEGA DI BAWAH SELIAAN JPS WP KUALA LUMPUR
12 Oktober 2026 (Isnin), Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPS WPKL) berbesar hati menerima kunjungan delegasi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sabah bagi satu Sesi Taklimat Projek & Lawatan Kerja di Empangan Batu bagi Projek Memperkukuhkan Struktur dan Fasiliti Empangan – Empangan Tebatan Banjir – Empangan Batu, Gombak, Selangor (Reka & Bina).
Delegasi seramai 22 orang pegawai ini telah diketuai sendiri oleh Pengarah JPS Sabah, YBrs. Tuan Ir. Haji Siraja bin Haji Bashora, serta turut disertai oleh wakil daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) Sabah, Timbalan-Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Cawangan, Jurutera-Jurutera Daerah dan pegawai-pegawai teknikal JPS Sabah.
Lawatan kerja ini bertujuan memberikan pendedahan teknikal dan perkongsian kepakaran mengenai pengurusan serta pelaksanaan projek infrastruktur skala besar. Perbincangan ini juga menjadi wadah pertukaran pandangan dan strategi dalam memantapkan pengurusan struktur empangan tebatan banjir demi keselamatan awam.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh delegasi JPS Sabah atas kunjungan ini. Semoga jalinan kerjasama dan perkongsian ilmu antara JPS WPKL dan JPS Sabah terus kukuh demi perkhidmatan yang terbaik untuk negara.


.jpeg)








