Kerja- kerja pengorekan dan mendalamkan Kolam Takungan Banjir Nanyang berselahan Taman Nanyang oleh Pejabat Lembangan Sungai Klang (PLSK) telah bermula dari 28 Mei 2024 dan jangka siap sebelum tibanya Monsun Timur Laut (MTL).
Kerja-kerja dilaksanakan sebagai langkah persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) agar kapasiti kolam dapat ditingkatkan bagi menampung air banjir semasa operasi Lencongan Sungai Keroh diaktifkan sekaligus dapat mengurangkan risiko banjir kilat di kawasan sekitar serta Bandaraya Kuala Lumpur.