Pejabat Lembangan Sungai Klang (PLSK), JPS WPKL telah menjalankan Kerja- kerja pengorekan dan mendalamkan Kolam Benteng 1, Lencongan Keroh sebagai langkah menghadapi Monsun Timur Laut (MTL). Kerja ini dilaksana bagi memastikan kapasiti kolam dapat ditingkatkan dan menampung aliran air banjir semasa operasi lencongan Sungai Keroh diaktifkan sekaligus mengurangkan risiko banjir kilat di kawasan sekitar serta Bandaraya Kuala Lumpur.