Pada 5 November 2025, Pihak Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) teleh menjemput Pegawai Hidrologi Negeri (PHN) JPS WPKL, Ir. Ts. Mohamad Hazlami Bin Abdul Hamid untuk menyampaikan ceramah di bawah Program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA)bagi Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) Fasa 2 (Pakej 1) Lembangan Sungai Klang di Kuala Lumpur dengan tajuk pembentangannya, Pengenalan kepada Aset PRAB JPS WPKL.
Seramai 14O orang pelajar fakulti sains Universiti Malaya telah turut serta dalam program yang dianjurkan oleh pihak NAHRIM. Tujuan Program ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan pelajar tentang banjir dan langkah keselamatan, memperkenalkan PRAB serta fungsinya dalam konteks komuniti dan Institut serta menanam nilai tanggungjawab dan kesiapsiagaan dalam kalangan pelajar-pelajar.






