Pada 8 September 2026, telah diadakan Bengkel Pemegang Taruh Program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) Bagi Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) Bagi Lembangan Sungai Klang di Kuala Lumpur (Siri 2 : 2026) bertempat di Premiera Hotel, Kuala Lumpur. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs Ir. Junadi Apandi bin Jemain, Pengarah Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) JPS Malaysia. Turut hadir bersama semasa Majlis Perasmian ini adalah YBrs En. Ismail bin Tawnie, Timbalan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dan YBrs Ir. Hanisah binti Wok, Pengarah Operasi Pejabat Lembangan Sungai Klang (PLSK), JPS WPKL.
Bengkel anjuran pihak NAHRIM ini telah dihadiri oleh 100 orang peserta terdiri daripad agensi Kerajaan, Badan Berkanun, Institusi Pengajian dan Organiasi Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat dengan pengurusan banjir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Objektif bengkel ini adalah untuk memperkukuh kejelasan peranan, tanggungjawab dan tadbir urus dalam kalangan semua pemegang taruh yang terlibat bagi membentuk satu kerangka tindakan dan pemahaman bersama dalam meningkatkan kesiapsiagaan masyarakat serta keberkesanan penyampaian maklumat ketika berlakunya bencana banjir.
Antara pengisian bengkel ini adalah taklimat berkenaan Program Ramalan dan Amaran Banjir oleh wakil PRABN dan JPS WPKL. Taklimat berkenaan Pengurusan Bencana berkaitan Banjir juga telah disampaikan oleh wakil daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Sekretariat Pengurusan Bencana WPKL selain wakil NGO yang aktif dalam pengurusan banjir peringkat komuniti di WPKL.

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)







