26 November 2025 I satu Bengkal Pembangunan Kapasiti Advokasi Dasar dan Kepimpinan SDG Bagi Anggota Agensi Kerajaan Wilayah Kuala Lumpur anjuran All-Party Parliamentary Group Malaysia on SDG (APPGM-SDG) telah diadakan di Hotel Chulan Kuala Lumpur. Beberapa pegawai dari Bahagian Pembangunan, Bahagian Korporat dan Bahagian Hidrologi dan Sumber Aor, JPS WPKL telah menghadirkan diri ke bengkel ini.
Program Pembangunan Kapasiti Intervensi Dasar di bawah APPGM-SDG merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan bagi memperkasakan komuniti dan pihak berkepentingan tempatan dalam merancang, melaksana serta memantau intervensi dasar yang sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).Tujuan utama Program Pembangunan Kapasiti Intervensi Dasar di bawah APPGM-SDG adalah untuk memperkasakan komuniti tempatan agar lebih memahami isu pembangunan mampan dan hak mereka dalam membuat keputusan, membina keupayaan masyarakat dan pihak berkepentingan untuk merancang dan melaksanakan intervensi dasar secara berkesan, meningkatkan penyertaan akar umbi dalam proses pembangunan dan pelaksanaan dasar awam, menggalakkan kerjasama antara Parlimen, agensi kerajaan, NGO dan masyarakat bagi memastikan pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan memastikan pembangunan yang inklusif, responsif dan mampan, selaras dengan Agenda 2030. Program ini juga menjadi sumber maklumat antara komuniti dan pembuat dasar untuk membawa isu-isu setempat ke peringkat Parlimen.





