Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Soalan Lazim

Aduan

Hubungi Kami

Peta Laman

PORTAL RASMI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu marilah sama-sama kita memanjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnianya kita dapat melayari laman web rasmi Jabatan Pengairan Dan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPS WPKL). Laman web ini telah dibangunkan semula dan siap sepenuhnya pada Mac 2024. Laman web ini akan memberikan informasi tepat dan terkini berhubung perkembangan, perubahan serta pelbagai aktiviti yang dijalankan di JPS WPKL. Penggunaan teknologi terkini terutama bidang informasi dan komunikasi amatlah penting dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian awam seterusnya meningkatkan prestasi sesebuah organisasi melalui maklumbalas yang diterima dari masa ke semasa. JPS WPKL bertanggungjawab memastikan semua infrastruktur tebatan banjir berada di dalam keadaan kesiapsiagaan bagi menghadapi musim banjir melalui kerja-kerja penyelenggaraan sungai-sungai utama dan kolam takungan banjir di bawah JPS WPKL.

 

Saya bagi pihak warga kerja JPS WPKL merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pengunjung yang melayari laman web rasmi JPS WPKL. Diharap dengan terhasilnya laman web ini, para pengunjung dapat memperoleh maklumat-maklumat yang berkaitan dengan JPS WPKL malahan dapat berkongsi pandangan, idea dan maklumat yang boleh membantu JPS WPKL dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggannya. JPS WPKL akan terus komited melaksanakan segala perancangan dan pelan tindakan organisasi selaras dengan dasar kerajaan yang sedang berkuatkuasa.

Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada warga JPS WPKL atas segala sokongan, kesungguhan dan sumbangan mereka dalam memantapkan lagi pentadbiran JPS WPKL. Semoga warga JPS WPKL akan terus bersama-sama memacu JPS WPKL ke tahap yang lebih cemerlang. Insya-Allah, laman web ini akan sentiasa dikemaskini sebagai salah satu platfom informasi terkini.

Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengunjung yang akan dan telah melayari laman web JPS WPKL ini. Sokongan, idea dan nasihat daripada anda semua amat kami harapkan dalam usaha untuk menjadikan JPS WPKL sebuah organisasi bertaraf dunia. Insya-Allah.

Selamat melayari Laman Web Rasmi JPS WPKL.

 

“Berkhidmat untuk Negara”

 

Saya Yang Menjalankan Amanah 

Ir. Hj. Mohd Azmin bin Husin

Pengarah

JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL)