Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Soalan Lazim

Aduan

Hubungi Kami

Peta Laman

PORTAL RASMI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

JPS tidak bertanggungjawab terhadap bekalan air domestik atau industri. Sila hubungi pihak berkuasa yang berkaitan seperti Air Selangor. 

Banjir kilat adalah banjir yang berlaku dalam tempoh kurang daripada enam (6) jam akibat hujan lebat dan menyebabkan sistem saliran sedia ada tidak dapat menampung aliran air di permukaan yang tinggi. 

 

Banjir yang disebabkan oleh parit monsun dan pembentung adalah di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

 

JPS WPKL bertanggung jawab ke atas banjir yang berpunca daripada limpahan sungai utama iaitu Sungai Klang, Sungai Gombak, Sungai Batu, Sungai Jinjang, Sungai Keroh, Sungai Kerayong, Sungai Kuyoh, Sungai Midah, Sungai Penchala dan Sungai Kemunsing.

Kami menghargai maklumat tentang sebab-sebab dan juga punca pencemaran sungai walaubagaimanapun JPS  WPKL bukan pihak berkuasa penguatkuasaan bagi kawalan pencemaran. Aduan mengenai pencemaran sungai dirujuk kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Sila rujuk kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan yang bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan sampah di parit-parit berkaitan.

Jika anda nampak setinggan mula menduduki rizab sungai, lalu menyebabkan pengotoran dan pencemaran sungai, anda boleh menghubungi JPS WPKL dengan segera. JPS akan menghubungi pihak berkuasa yang berkenaan untuk memindahkan setinggan secepat mungkin.

 

Sebarang aduan boleh dibuat melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di capaian 

https://water.spab.gov.my/eApps/sdmscasepool/SdmsCasePool/add.do 

Aduan disalurkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Seksyen 50 Akta Jalan, Parit dan Bangunan pindaan 193 (Akta A867) menyatakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah membina dan menyelenggara parit dan alur air.

Sebarang aduan boleh dibuat melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di capaian 

https://water.spab.gov.my/eApps/sdmscasepool/SdmsCasePool/add.do 

Kerja-kerja pengorekan termasuklah membuang kelodak, mendalamkan, membuang segala halangan di dalam sungai, kerja-kerja menstabilkan tebing sungai dan penyelenggaraan aset tak alih.

Tidak. Penguatkuasaan Undang-undang bagi pencemaran sungai adalah di bawah agensi penguatkuasaan yang berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar, Pihak Berkuasa Tempatan, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Badan Kawal Selia Air Negeri dan Pejabat Daerah dan Tanah.

Lebar rezab sungai yang diperlukan oleh pihak Jabatan Pengairan Saliran (JPS) semasa sesuatu permohonan sesebuah lot dikemukakan adalah bergantung kepada lebar sungai sedia ada.

Secara umumnya JPS tidak menggalakkan permohonan untuk menggunakan rizab sungai, rizab sungai merupakan dataran banjir yang terdedah dengan kenaikan aras air sungai. Selain daripada itu, rizab sungai juga merupakan ruang bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sungai.

 

Walau bagaimanapun, kami mungkin mempertimbangkan permohonan tertentu berdasarkan kes demi kes.

Permohonan untuk data hidrologi adalah dibawah seliaan Ibu Pejabat, Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi, JPS Malaysia. Permohonan tersebut boleh dihantarkan kepada :

 

Pengarah,

Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi

Aras 1, Blok A,

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia

Persiaran Rimba Permai, Cyber 8,

63000 Cyberjaya, Selangor

(u.p: Unit Pengurusan Maklumat)

E-mail :upm@water.gov.my dan upm.bsah@gmail.com

 

Semua pengguna perlu mengisi borang permohonan yang disediakan. Borang DI.1 atau Borang DI.2 ) boleh didapati dalam format word untuk dicetak. Selepas mengisi borang, pengguna boleh faxnya ke alamat diatas atau menghantarnya melalui email. Adalah disyorkan pengguna merujuk stesen inventori kami untuk menentukan stesen dan jangka masa perolehan data semasa proses mengisi borang. Rujuk tatacara permohonan di http://rhn.water.gov.my/sprhn/utama/indexIn.cfm?link=contact.cfm

Sila Rujuk aplikasi MyPublicInfobanjir atau laman sesawang Public InfoBanjir. http://publicinfobanjir.water.gov.my untuk melihat keadaan terkini aras sungai di lokasi anda.