Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Soalan Lazim

Aduan

Hubungi Kami

Peta Laman

PORTAL RASMI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Fungsi utama KLFM adalah untuk melencongkan air lebihan daripada dua (2) sungai iaitu Sungai Gombak melalui Lencongan Gombak dan Sungai Keroh melalui Lencongan Keroh apabila berlaku hujan lebat di kawasan tadahan Gombak dan Keroh. Lencongan ini direkabentuk berdasarkan 100-ARI (‘Average Recurrance Interval’) kejadian banjir.



Dianggarkan sejumlah 275m3/s kadar aliran lebihan air semasa waktu banjir puncak dari Sungai Gombak akan dilencongkan melalui Lencongan Gombak sejauh 3.375km ke ‘regulating pond’ dan sejumlah 150m3/s kadar aliran lebihan air dari Sungai batu juga akan mengalir terus ke ‘regulating pond’ sebelum masuk ke dalam Kolam Takungan Batu. Kapasti Kolam Takungan Batu mampu menahan air dari mengalir terus ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur sejumlah 4.5MCM (‘million cubic metres’). 

Kolam Takungan Jinjang juga menerima air lebihan dari dua (2) sumber sungai iaitu air yang dilencongkan dari Sungai Keroh melalui Lencongan Keroh sejumlah 100m3/s sejauh 2.2km dan air dari Sungai Jinjang yang mengalir secara graviti yang dianggarkan sejumlah 80m3/s. Kapasti Kolam Takungan Jinjang yang asalnya terdiri daripada Kolam Takungan Nanyang, Kolam Takungan Wahyu dan Kolam Takungan Delima, mampu menahan air dari mengalir terus ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur sejumlah 2.5MCM (‘million cubic metres’). 

Projek KLFM ini berjaya mencapai sasaran pengurangan air lebihan di waktu banjir puncak dari 600m3/s kepada 400m3/s dari terus mengalir ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur bagi mengelakkan banjir. Tetapi, perlu diingat bahawa, kebolehupayaan sedia ada Pusat Bandaraya Kuala Lumpur untuk menerima lebihan air ialah sejumlah 350MCM iaitu masih berbaki lebihan 50MCM. Situasi ini menjadikan pengoperasian KLFM adalah kritikal. Oleh hal yang demikian, PLSK bertanggungjawab untuk merancang secara teliti satu sistem penyelenggaraan berjadual dan sistematik bagi memastikan semua struktur-struktur kawalan yang terlibat berada di dalam keadaan berfungsi sebagaimana rekabentuk dan sentiasa siapsiaga. 

Sehubungan dengan itu, satu peruntukan mengurus yang mencukupi khusus untuk kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan KLFM amat diperlukan bagi memastikan objektif asal projek KLFM untuk menangani banjir di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur sebanyak 70 peratus dapat dilakukan dengan sempurna. Keperluan peruntukan ini merangkumi kos untuk menampung perkhidmatan kawalan keselamatan,  pengurusan dan pentadbiran termasuk bil dan utiliti, pengurusan kelodak dan pembersihan kawasan di sepanjang rezab sungai, kolam takungan dan kawasan lencongan, kerja-kerja penyelenggaraan struktur dan komponen mekanikal dan elektrikal serta sistem kawalselia dan peralatan pengesanan banjir secara automatik dan kawalan jarak jauh termasuk keperluan bekalan alat ganti dan pematuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Peraturan-Peraturan di bawahnya serta Tataamalan.