Pada 11 Mac 2025, telah diadakan Sesi Perkongsian Teknologi Remote Terminat Unit (RTU) Bagi Stesen Telemetri Hidrologi Oleh Unidata Principal Australia. Sesi perkongsian ini diadakan bagi mendapatkan maklumat berkenaan fungsi dan inovasi terkini RTU yang digunakan untuk stesen Telemetri Hidrologi. Sesi ini telah disampaikan oleh En Kevin Chung, Pengarah Jualan daripada Unidata Pty Ltd, Australia. Turut sama hadir semasa sesi ini adalah Ir. Ts. Mohamad Hazlami bin Abdul Hamid selaku Pegawai Hidrologi Negeri bersama semua pegawai daripada Bahagian Hidrologi dan Sumber Air (BHSA) JPS WPKL. Pihak Unidata Principal Australia telah membuat perkongsian berkenaan teknologi dan inovasi terbaru RTU Unidata Neon Telemetry – 3016 NRL yang telah dibangunkan.