31 Julai 2025, JPS WPKL berbesar hati untuk menerima kunjungan daripada pegawai-pegawai LHDN WPKL yang diketuai oleh Encik Roside bin Jansi, Pengarah Operasi Negeri, Seksyen Perisikan dan Profiling. Sesi kunjungan Hormat ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah, En Mokhtar bin Hasran.
Melalui kunjungan ini, pegawai-pegawai daripada kedua-dua agensi telah dapat bertukar pandangan dan membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan tadbir urus serta jalinan kerjasama strategik yang boleh diwujudkan secara bersama pada masa akan datang.