SESI KUNJUNGAN DAN TAKLIMAT JPS WPKL KEPADA DATO BANDAR KUALA LUMPUR
Pada 25 November 2025, JPS W.P. Kuala Lumpur telah menerima lawatan daripada YBrs Dato' TPr Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama-sama pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Sesi kunjungan ini turut disertai oleh Kolonel (PA) Mohd Rosman bin Abdullah, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Wilayah Persekutuan bersama-sama pasukan APM WPKL.
Sesi taklimat telah diadakan di Bilik Operasi Bahagian Hidrologi dan Sumber Air (BHSA) JPS WPKL yang turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan daripada JPS WPKL. Sesi taklimat telah disampaikan oleh YBrs En Mokhtar bin Hasran, Timbalan Pengarah JPS WPKL di mana penerangan mengenai Pelan Mitigasi Kuala Lumpur (KLFM) yang meliputi pengoperasian Lencongan banjir SMART, Lencongan Banjir Keroh, Lencongan Banjir Gombak dan RTB Sungai Bunus yang diselia oleh pihak JPS WPKL. Selain itu, taklimat berkenaan pengoperasian siren amaran banjir di bawah Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRAB) turut diberikan selain perbincangan ringkas berkenaan isu-isu utama berkaitan risiko banjir di W.P Kuala Lumpur.
JPS WPKL akan terus bekerjasama rapat dengan DBKL bagi memastikan kesiapsiagaan pengurusan banjir dan keselamatan warga Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa berada pada tahap terbaik.








