Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Soalan Lazim

Aduan

Hubungi Kami

Peta Laman

PORTAL RASMI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR



23 November 2024 (Sabtu), YBrs. Ir. Hj. Mohd Azmin bin Husin, Pengarah JPS WPKL telah menghadiri Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan MADANI dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 yang berlangsung mulai 22 hingga 24 November 2024 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur. Program ini dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin lbrahim, Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir dalam majlis ini, YBrs. Ir. Amiruddin bin Alaldin, Timbalan Ketua Pengarah menanggung tugas Ketua Pengarah JPS Malaysia, Pengarah Bahagian Sumber Air dan Hidrologi (BSAH), Pengarah Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Timbalan Pengarah JPS WPKL, Pengarah Lembangan Sungai Klang, Pegawai Hidrologi Negeri JPS WPKL dan pegawai-pegawai kanan JPS Malaysia.

Pengarah JPS WPKL, Pengarah PRABN dan Pegawai Hidrologi Negeri (PHN) telah turut serta dalam memberikan penerangan mengenai stesen-stesen Hidrologi di bawah Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRAB) Fasa 2 JPS Malaysia di dalam reruai Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). Di hari Perasmian tersebut, Kehadiran YAB TPM merangkap Menteri PETRA, Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof ke reruai PETRA telah diiringi oleh YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, KSU PETRA, YBhg. Dato' Mohamad Razif bin Haji Abd Mubin, TKSU (Air) PETRA dan YBrs. Encik Mohd Norhisham bin Musa, SUBK (Pengurusan) PETRA dan pegawai-pegawai kanan di bawah PETRA seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia, IWK, Suruhanjaya Tenaga dan lain-lain.

Program ini dianjurkan bertujuan untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar-dasar dan inisiatif-inisiatif baharu yang diperkenalkan kepada rakyat di samping meningkatkan kefahaman dan kesedaran umum terhadap hala tuju dan matlamat Kerajaan serta membina kepercayaan dan keyakinan antara Kerajaan dengan rakyat melalui kaedah pelaporan pencapaian secara berkala. Pelaksanaan program ini akan melibatkan kerjasama strategik bersama Kementerian-kementerian, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), pihak industri, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pelbagai pihak pemegang taruh.

Para Pengunjung telah berpeluang mengunjungi reruai Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) untuk mendapatkan pelbagai info dan peluang menarik, seperti Info PRABN (Ramalan & Amaran Banjir), Tips Jimat Elektrik, Rebat Bil Elektrik sebanyak RM40 dan Produk Cekap Air & Rebat Bil Pembetungan.