Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Soalan Lazim

Aduan

Hubungi Kami

Peta Laman

PORTAL RASMI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Pemantauan Pematuhan Aktiviti Kerja Tanah & Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak (ESCP)

Pada 22 April 2025, satu lawatan pemantauan telah dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Sungai dan Saliran (BPSS), Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPS WPKL) ke tapak projek pembangunan pangsapuri servis 31 tingkat yang terletak di Jalan Cheras. Pemantauan ini bertujuan memastikan pemaju mematuhi syarat-syarat surat sokongan kerja tanah yang telah dikeluarkan oleh pihak JPS. Fokus utama adalah untuk menilai keberkesanan pelaksanaan Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak (ESCP) serta mengenal pasti potensi risiko banjir lumpur akibat aktiviti kerja tanah yang tidak terkawal.

 

Antara aspek yang diperiksa termasuk pemasangan perangkap kelodak, saliran sementara, dan perlindungan cerun. Pemeriksaan juga mengambil kira keperluan penambahbaikan bagi memastikan semua sistem kawalan berfungsi secara optimum. Secara keseluruhan, beberapa cadangan penambahbaikan telah dikemukakan kepada pemaju untuk tindakan segera. Pemantauan susulan akan dilakukan bagi memastikan pematuhan berterusan demi melindungi alam sekitar dan kesejahteraan awam.

 

Lawatan ini turut memperkukuh peranan BPSS dalam pengurusan pembangunan bandar yang lestari, selaras dengan pensijilan Certified Professional in Erosion and Sediment Control (CPESC) yang telah diperoleh oleh pasukan teknikal BPSS pada Februari 2025 yang lalu.