MAJLIS PERASMIAN KERJA SIAP BAGI PROJEK MENAIKTARAF RUMAH PAM DATUK KERAMAT, KUALA LUMPUR
YBrs. Ir. Amiruddin Bin Alaldin, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Bisnes Menanggung Tugas Ketua Pengarah JPS telah hadir bagi merasmikan Majlis Kerja siap Projek Menaiktaraf Rumah Pam Datuk Keramat, Kuala Lumpur bertempat di Rumah Pam Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YBrs. Ir. Haji Mohd. Azmin Bin Hussin, Pengarah Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, YBrs. Ir. Ts. Hajah Hapida Binti Haji Ghazali selaku Pemilik Projek, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal, JPS Malaysia, Pengarah – Pengarah Bahagian JPS Malaysia, Pengarah-Pengarah Operasi JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wakil Pegawai dari Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal (JME) dan Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran (JKAWS), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pegawai-pegawai kanan JPS Malaysia dan JPS WPKL.
Projek Menaiktaraf Rumah Pam Datuk Keramat, Kuala Lumpur telah dilaksanakan dan diselia oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Objektif projek ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kecekapan operasi dan kawal selia serta keselamatan disamping dapat memastikan Rumah Pam berada dalam keadaan siap siaga bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan Datuk Keramat.
Projek ini mula dilaksanakan pada 1 November 2023 dan telah siap sepenuhnya pada 9 Oktober 2024 di mana projek ini telah berjaya disiapkan tujuh (7) bulan lebih awal berbanding tarikh siap asal iaitu pada 30 April 2025.