Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Soalan Lazim

Aduan

Hubungi Kami

Peta Laman

PORTAL RASMI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

LAWATAN TAPAK BERSAMA YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN KE KOLAM TAKUNGAN BANJIR (KTB) BATU DAN KOLAM TAKUNGAN BANJIR (KTB) JINJANG

16 April 2026 | PEJABAT LEMBANGAN SUNGAI KLANG (PLSK)

Pengurusan Tertinggi JPS WPKL, PLSK dan Pusat Kawalan SMART merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Segambut, YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan atas kesudian hadir ke lawatan tapak Kolam Takungan Banjir (KTB) Batu dan Kolam Takungan Banjir (KTB) Jinjang.

Lawatan ini adalah susulan daripada isu berbangkit yang telah dibentangkan semasa taklimat yang telah diadakan pada 14 April 2026 di Empangan Batu. Lawatan ini turut dihadiri oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud, Ahli Parlimen Batu, En Prabakaran a/l M Parameswaran, pengurusan tertinggi Jabatan Wilayah Persekutuan, pengurusan tertinggi Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, pengurusan tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Pengawai-pegawai Kanan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Pusat Kawalan SMART dan Pejabat Lembangan Sungai Klang (PLSK)