LAWATAN PENGOPERASIAN KUARTERS KERAJAAN PERSEKUTUAN (KOLAM DELIMA)
27 April 2026 : Pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang diketuai oleh Datuk Muhamad Zamani bin Mohd Ali, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pemantauan dan Penilaian Pembangunan, bersama pegawai-pegawai ICU JPM termasuk Pengarah ICU JPM Wilayah Persekutuan, telah mengadakan lawatan kerja ke Kuarters Empangan Sungai Klang (Kolam Delima).
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada sesi verifikasi pengoperasian kuarters bagi menilai keadaan semasa di samping mendapatkan gambaran sebenar berhubung isu, keperluan serta aspek pengurusan kuarters Kerajaan Persekutuan.
Delegasi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pengurusan) dan turut disertai oleh Pengarah BPFG, Pengarah Operasi PLSK, wakil JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta pegawai-pegawai berkaitan. Turut hadir, wakil daripada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) yang diketuai oleh Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan bersama pegawai-pegawai kementerian.
Lawatan ini memberi ruang kepada semua pihak untuk:
-Menilai status semasa pengoperasian kuarters
-Mendapatkan maklum balas secara langsung di lapangan
-Meneliti isu-isu berkaitan serta cadangan penambahbaikan
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan agensi-agensi terlibat dalam memastikan pengurusan kuarters Kerajaan Persekutuan berada pada tahap terbaik selaras dengan keperluan semasa dan kesejahteraan penghuni







