Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Soalan Lazim

Aduan

Hubungi Kami

Peta Laman

PORTAL RASMI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Kursus Teknologi Solar Siri 1: “Off-Grid Solar” Sebagai Penyelesaian Tenaga Kawasan Terpencil Di Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian Tanjong Karang

Satu Kursus Sistem Solar telah diadakan pada 08 Mei 2025 anjuran pihak Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian Tanjong Karang. Tiga (3) orang pegawai wakil dari Bahagian Mekanikal Dan Elektrikal (BME), JPS WPKL telah menghadiri kursus tersebut.

Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada pegawai-pegawai yang menghadiri kursus tersebut berkenaan sistem solar secara Off-Grid iaitu sistem solar yang menggunakan bateri tanpa menggunakan sumber tenaga elektrik daripada TNB yang sesuai digunakan di kawasan pedalaman. Pegawai tertinggi yang hadir adalah En. Hasif Bin Abd Rani wakil Pengarah Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian Tanjong Karang.