Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Soalan Lazim

Aduan

Hubungi Kami

Peta Laman

PORTAL RASMI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Bengkel Pemegang Taruh Program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) bagi Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) Fasa 2 (Pakej 1) Lembangan Sungai Klang di Kuala Lumpur, telah berlangsung pada 22 Oktober 2025 (Rabu) bertempat di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.

Ucapan aluan bengkel ini telah disampaikan oleh YBrs. TPr. Md. Nazri bin Abdullah, Pengarah Eksekutif (Perancangan) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) manakala majlis perasmian disempurnakan oleh YBrs. Ir. Haji Mohd Azmin bin Husin, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia, dan turut menghimpunkan pelbagai wakil agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, serta komuniti setempat bagi membincangkan usaha memperkukuh komunikasi serta kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir.

Turut hadir bersama Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Hj. Mat Desa, Pengarah Pusat Kajian Lembangan Sungai yang mewakili Ketua Pengarah NAHRIM dan Ir. Azren bin Khalil, Pengarah JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sepanjang bengkel ini, peserta berpeluang mendalami maklumat berkaitan Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB), selain mengikuti sesi perkongsian pengalaman serta perbincangan interaktif berkenaan peranan komunikasi berkesan dalam pengurusan risiko banjir.